Site icon TechNave BM

POCO M2 Pro dilancarkan: Snapdragon 720G, kamera quad 48MP, 5000mAh berharga ~RM798

Terkini, POCO telah melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru di pasaran India, POCO M2 Pro. Penawaran peranti ini semestinya tampil dengan harga yang berpatutan dan spesifikasi yang wajar dipertimbangkan.

POCO sememangnya terkenal dengan jolokan imej peranti dengan harga mampu milik. POCO M2 Pro kali ini menawarkan spesifikasi menarik seperti Snapdragon 720G, kamera utama quad 48MP dan bateri besar berkapasiti 5000mAH bersama pengecasan pantas 33W. Rujuk spesifikasi asas di bawah.

Apa yang menariknya, peranti ini hadir dengan litupan nano P2i tahan air dan habuk. Turut hadir adalah ciri sokongan mod malam pada kamera swafotonya dan rakaman video dengan ciri Pro Video Mode.

POCO M2 Pro setakat ini hanya dilancarkan di pasaran India sahaja. Peranti ini berharga 13,999 Rupee (~RM798) untuk varian 4GB + 64GB, 14,999 Rupee (~RM855) untuk varian 6GB + 64GB dan 16,999 Rupee (~RM969) untuk varian 6GB + 128GB.

Adakah anda bakal mendapatkannya jika ia hadir di Malaysia? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita pelancaran telefon pintar terkini.

Exit mobile version