Site icon TechNave BM

POCO M2 Reloaded akan dilancar pada 21 April, tampilkan varian memori baru

POCO bakal melancarkan telefon pintar POCO M2 Reloaded di India pada hari Rabu, 21 April jam 12:00 tengah hari IST (2:30 petang waktu Malaysia). Telefon ini merupakan versi baru untuk POCO M2 yang dilancar pada September 2020, namun bezanya adalah pada varian memori.

POCO M2 sebelum ini ditawarkan dalam varian memori 6GB+64GB dan 6GB+128GB, manakala POCO M2 Reloaded nanti bakal disediakan dalam varian 4GB+64GB. Selain daripada itu, spesifikasinya dijanka kan kekal sama termasuklah skrin LCD berukuran 6.53 inci dengan resolusi Full HD+, cipset Helio G80, kamera 13MP+8MP+5MP+2MP, kamera swafoto 8MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W.

POCO M2 adalah sebuah produk yang dijenamakan semula daripada Redmi 9, iaitu sebuah telefon yang dijual dalam pasaran Malaysia. Setakat ini masih tiada maklumat jika Redmi 9 akan dikeluarkan semula seperti POCO M2 Reloaded.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version