Site icon TechNave BM

POCO M3 dilancar di Malaysia: Bateri 6,000mAh, skrin 6.53″ FHD+, tiga kamera 48MP bermula RM599

POCO hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu POCO M3. Antara ciri-ciri yang paling menarik dalam telefon ini adalah baterinya yang besar iaitu 6,000mAh, pengecasan pantas 18W, tiga kamera 48MP dan skrin 6.53 inci.

POCO mengatakan baterinya mampu bertahan sehingga 5 hari untuk penggunaan ringan dan 1.5 hari dengan penggunaan berat. Daripada segi pengecasan pula, POCO M3 akan dipasarkan dengan pengecas 22.5W dalam kotak. POCO M3 turut menyokong pengecasan berbalik bagi mengecas peranti lain menggunakan baterinya.

Skrin POCO M3 pula mempunyai resolusi Full HD+ dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 90.34% dan dibuat daripada Corning Gorilla Glass 3. Untuk kamera pula, ia mempunyai fungsi Night Mode, Time-Lapse, Movie Frame, Colour Focus dan rakaman gerak perlahan sehingga 120fps.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M3:

POCO M3 akan dijual di Malaysia pada harga RM599 (4GB+64GB) dan RM699 (4GB+128GB) bermula hari Jumaat, 27 November di Lazada atau Xiaomi Official Global Store. Nampaknya POCO berjaya menjual sebuah lagi telefon pintar dengan harga yang lebih murah berbanding telefon-telefon pesaingnya yang setaraf.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version