Site icon TechNave BM

POCO M3 hadir dengan kamera 48MP, 6000mAh mungkin berharga ~RM700

POCO bakal melancarkan peranti kelas permulaan POCO M3 pada 24 November. Menjelang pelancarannya, beberapa spesifikasi sudah didedahkan oleh pihak POCO sendiri. POCO kini mendedahkan lagi spesifikasi kamera melalui siarannya. Sumber yang lain turut mendedahkan spekulasi harga untuk pasaran Eropah.

Seperti yang kita sudah sedia maklum, POCO M3 bakal dijana cipset Snapdragon 662, bateri 6000mAh, skrin 6.53 inci, sensor cap jari di sisi dan cas pantas 18W. OPPO kini mnegacah pula spesifikasi kamera POCO M3 iaitu 48MP.

Di sisi yang lain, terdapat sumber tidak rasmi yang menjangkakan harga POCO M3 dipasaran Eropah akan bermula dengan €150 hingga €160 untuk varian 4GB+64GB. Varian 4GB+128GB pula akan berharga kira-kira €170 hingga €180. Walaupun jangkaan harga ini hanya di pasaran Eropah sahaja, tetapi ia boleh membantu kita untuk meramalkan harga di pasaran Malaysia.

Perlu diingatkan juga bahawa POCO Malaysia masih tidak mendedahkan varian manakah yang bakal hadir di Malaysia. Jadi, ambil maklumat ini sebagai bantuan untuk jangkaan anda sahaja. Apakah pendapat anda jika POCO M3 juga berharga sekitar ~RM700 di pasaran Malaysia? Kongsikan di laman Facebook kami dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai POCO di pautan ini!

Sumber: Gizchina

Exit mobile version