Site icon TechNave BM

POCO M3 Pro 5G akan dilancar di Malaysia pada 1 Jun

POCO Malaysia telah pun menetapkan tarikh untuk pelancaran telefon pintar POCO M3 Pro 5G bagi pasaran Malaysia iaitu pada hari Selasa, 1 Jun jam 8:00 malam.

Sebelum ini, telefon tersebut telah pun dilancar untuk pasaran Eropah pada 19 Mei. Walaupun dijual dengan harga mampu milik, ia menampilkan pelbagai spesifikasi menarik termasuklah cipset MediaTek Dimensity 700, skrin LCD 6.5 inci dengan kadar 90Hz, tiga kamera 48MP, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 18W.

Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dalam laman Facebook POCO Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version