Site icon TechNave BM

POCO M3 Pro 5G dilancar di Malaysia: Dimensity 700, skrin 90Hz, bateri 5,000mAh bermula RM599

POCO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu POCO M3 Pro 5G yang dilengkapi cipset Dimensity 700, skrin 90Hz serta bateri besar 5,000mAh. Ia telah pun dilancarkan secara antarabangsa pada bulan Mei lepas.

Skrin Full HD+ yang terdapat dalam POCO M3 Pro 5G mempunyai ukuran 6.5 inci, kadar segar semula 90Hz dengan Dynamic Switch untuk mengurangkan penggunaan bateri, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91% dan dibuat daripada Gorilla Glass. Teknologi Dynamic Switch akan mengubah kadar segar semula secara automatik di antara 30Hz, 50Hz, 60Hz dan 90Hz bergantung kepada kandungan yang dipaparkan. Sebuah kamera swafoto yang berada dalam lubang punch-hole turut ditempatkan pada bahagian atas tengah skrin itu.

Bateri 5,000mAh dalam telefon ini menyokong pengecasan 18W dan POCO akan menyertakan sebuah pengecas berkadar 22.5W dalam setiap kotak. POCO mengatakan bateri tersebut mampu digunakan selama lebih daripada dua hari untuk pengecasan penuh.

Daripada segi kamera, ia terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera makro dan sensor kedalaman. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M3 Pro 5G:

Telefon ini akan dijual dalam dua varian memori iaitu 4GB+64GB pada harga RM699 dan 6GB+128GB pada harga RM799.

Walau bagaimanapun, POCO Malaysia akan menganjurkan promosi khas untuk pembelian awal, di mana varian 4GB+64GB akan dijual pada harga RM599 dan varian 6GB+128GB pada harga RM699. Promosi ini akan berlangsung pada 6 Jun hingga 7 Jun sahaja di Shopee.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli POCO M3 Pro 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version