Site icon TechNave BM

POCO M3 Pro 5G dilancar: Dimensity 700, skrin 6.5″ 90Hz, bateri 5,000mAh bermula ~RM804

POCO hari ini telah melancarkan telefon pintar kelas pertengahan terbaru iaitu POCO M3 Pro 5G yang dilengkapi cipset Dimensity 700, skrin 90Hz, bateri besar 5,000mAh serta storan dalaman UFS 2.2

Skrin Full HD+ yang terdapat dalam POCO M3 Pro 5G mempunyai ukuran 6.5 inci, kadar segar semula 90Hz dengan Dynamic Switch untuk mengurangkan penggunaan bateri, nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91% dan dibuat daripada Gorilla Glass. Sebuah kamera swafoto yang berada dalam lubang punch-hole turut ditempatkan pada bahagian atas tengah skrin itu.

Bateri 5,000mAh dalam telefon ini menyokong pengecasan 18W dan POCO akan menyertakan sebuah pengecas berkadar 22.5W dalam setiap kotak. POCO mengatakan bateri tersebut mampu digunakan selama lebih daripada dua hari untuk pengecasan penuh.

Daripada segi kamera, ia terdiri daripada kamera utama 48MP, kamera makro dan sensor kedalaman. Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M3 Pro 5G:

Ia akan dijual dalam dua varian memori iaitu 4GB+64GB pada harga EUR159 (~RM804) dan 6GB+128GB pada harga EUR179 (~RM905). Setakat ini masih tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO M3 Pro 5G dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version