Site icon TechNave BM

POCO M4 5G akan mula dijual di Malaysia pada 18 Ogos 2022, berharga RM649

Telefon pintar kelas permulaan POCO M4 5G telah dilancar di India pada bulan April lalu dan kini ia bakal hadir ke pasaran Malaysia pada bulan ini.

POCO M4 5G bakal ditawarkan di Malaysia bermula hari Khamis, 18 Ogos 2022 dan akan dijual pada harga awal istimewa iaitu RM649 untuk varian 4GB+64GB. Harga awal ini hanya akan ditawarkan sehingga 24 Ogos 2022, kemudian ia akan kembali kepada harga pasaran iaitu RM699.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO M4 5G:

Layari laman POCO dalam Shopee untuk maklumat lanjut mengenai pembeliannya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version