Site icon TechNave BM

POCO M4 Pro 5G akan dilancar pada 9 November 2021, mungkin dilengkapi Dimensity 810

Pada awal hari ini, POCO M4 Pro 5G telah dikesan dalam laman web penanda aras Geekbench di mana ia mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 810 5G. Tidak lama selepas itu, POCO telah mengesahkan bahawa telefon itu akan dilancar pada hari Selasa, 9 November 2021 jam 8:00 malam waktu Malaysia.

Berdasarkan khabar angin sebelum ini, POCO M4 Pro 5G adalah sebuah telefon yang dijenamakan semula daripada Redmi Note 11 yang dilancar di China pada hari ini. Ini adalah berdasarkan POCO M3 Pro sebelum ini yang merupakan telefon dijenamakan semula daripada Redmi Note 10 5G.

Spesifikasi yang dijangkakan termasuklah RAM 8GB, pengecasan pantas 33W, sistem operasi Android 11, kadar segar semula 90Hz, bateri 5,000mAh dan tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 64MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version