Site icon TechNave BM

POCO M4 Pro 5G bakal diumum awal November ini

Awal bulan ini telah terdedah sebuah laporan mengenai POCO sedang membangunkan sebuah telefon pintar iaitu POCO M4 Pro 5G. POCO M4 Pro 5G merupakan legasi kepada M3 Pro 5G yang dilancarkan pada Mei lalu.

Pada masa pelancarannya itu baru kami mengetahui nama peranti, nombor modelnya dan laporan bahawa sekumpulan agensi telah meluluskan pengiktirafan peranti tersebut. Hal itu mendorong kami untuk membuat spekulasi bahawa pelancaran rasmi peranti ini tidak lama lagi.

Khabar angin baru-baru ini mengatakan bahawa Poco M4 Pro 5G akan dilancarkan secara rasmi untuk pasaran global sama ada pada akhir Oktober atau awal November. Telefon ini dijangka dilengkapi cipset MediaTek Dimensity dan mempunyai sokongan pengecasan pantas 33W.

Sekiranya pelancaran itu benar-benar berlaku dalam beberapa minggu akan datang, pasukan media POCO pasti sudah mula mengacah poster M4 Pro 5G bakal tiba tidak lama lagi. Pada ketika itu kita mungkin akan mengetahui lebih lanjut mengenai spesifikasinya.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version