Site icon TechNave BM

POCO M4 Pro 5G dapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa, petanda pelancaran semakin hampir

Selepas POCO M3 Pro 5G dilancar untuk pasaran Malaysia pada bulan Jun lalu, kini peminat POCO boleh nantikan pelancaran sekuelnya iaitu POCO M4 Pro 5G. Telefon itu telah pun mendapat pengiktirafan daripada beberapa negara seperti Turki, 3C (China), TENAA (China), EEC (Eropah) dan pengiktirafan global IMEI.

POCO M4 Pro 5G mungkin akan mempunyai nombor model 21091116AG, di mana huruf “G” di akhirnya bermaksud telefon ini akan dilancarkan untuk pasaran global dan bukannya dihadkan kepada China sahaja. Selain itu, salah satu pengiktirafan juga menunjukkan bahawa telefon ini akan menyokong pengecasan pantas 33W (11V 3A).

Seorang penterjemah MIUI untuk bahasa Poland, Kacper Skrzypek, mengatakan telefon ini bakal dilengkapi sebuah cipset MediaTek. POCO M3 Pro 5G sebelum ini dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 700, jadi POCO mungkin ingin mengekalkan kerjasama mereka dengan syarikat cipset itu.

Setakat ini tiada maklumat lain tentang spesifikasinya. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version