Site icon TechNave BM

POCO M6 bakal dilancar, sokong sambungan 5G

Sebelum ini, POCO M5 menyokong sambungan WiFi 4G untuk semua modelnya. Walau bagaimanapun, itu akan berubah tidak lama lagi dengan berita baik untuk penggunya. Ketua POCO dan Xiaomi India, Himanhsu Tandon mengesahkan sokongan 5G untuk varian baharu iaitu POCO M6.

Menariknya, ini bukan model 5G pertama dalam siri M kerana M3 dan M4 sudahpun menyokong sambungan 5G. Dengan hal ini, kami tidak pasti mengapa siri M5 tidak menyokong sambungan 5G sedangkan model sebelum ini menyokong sambungan tersebut.

Setakat ini, kami tidak mempunyai maklumat terperinci mengenai POCO M6 tetapi kami menjangka ia akan menampilkan persediaan dwi-kamera hampir menyerupai modul kamera M4.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version