Site icon TechNave BM

POCO M6 Plus akan dilancar pada 1 Ogos 2024, dilengkapi Snapdragon 4 Gen 2 AE

POCO bakal melancarkan telefon pintar mampu milik terbaru, POCO M6 Plus, di India pada 1 Ogos 2024. Dengan pelancarannya yang semakin hampir, mereka telah berkongsi beberapa spesifikasi asas mengenai telefon tersebut dalam media sosial.

Ia bakal menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 4 Gen 2 AE, yang menawarkan prestasi lebih tinggi sedikit berbanding Snapdragon 4 Gen 2 asal, dengan kelajuan clock sehingga 2.3GHz.

Selain itu, ia dilengkapi skrin berukuran 6.79 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz Adaptive Sync.

POCO juga telah berkongsi rekaan telefon tersebut yang bakal mempunyai warna dua tona di bahagian belakang dan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu ungu atau hitam. Ia mempunyai dua kamera, di mana kamera utama mempunyai sensor 108MP yang menyokong zum in-sensor 3x.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Flipkart

Exit mobile version