Site icon TechNave BM

POCO M6 rasmi di Malaysia dengan kamera 108MP, skrin 90Hz dan pengecasan 33W bermula RM699

Selepas keluaran POCO M6 Pro, POCO baru-baru ini telah mengumumkan telefon pintar baharu POCO M6 secara rasmi di Malaysia. Ia dilengkapi dengan kamera utama 108MP dan menyokong pengecasan pantas 33W. POCO M6 tersedia dalam warna hitam, ungu dan perak dengan panel belakang kaca. Ketebalan peranti ini ialah 8.3mm dan berat 205g.

Pada bahagian hadapan, POCO M6 dilengkapi dengan skrin LCD FHD+ 6.79 inci beresolusi 2460 x 1080 piksel, kadar penyegaran 90Hz dan kecerahan 550 nits. Ia dilengkapi cipset MediaTek Helio G91-Ultra, pilihan RAM 6GB atau 8GB RAM dan ruang storan 128 atau 256GB serta menyokong pengembangan kad mikroSD kepada 1TB.

Bahagian belakang POCO M6 mempunyai dua kamera dengan kamera utama 108MP dan makro 2MP manakala bahagian hadapan terdapat kamera swafoto 13MP. Baterinya berkapasiti 5030mAh dan menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain POCO M6 termasuk tahap perlindungan IP53, pengimbas cap jari sisi dan sistem HyperOS Xiaomi berdasarkan Android 14.

Spesifikasi lengkap POCO M6:

Dari 13 hingga 19 Jun 2024, anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga awal RM539 untuk varian 8/128GB dan RM639 untuk varian 8/256GB. M6 4G boleh dibeli secara eksklusif pada platform e-dagang rasmi di mi.com  serta kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada .

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO M6 ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version