Site icon TechNave BM

POCO Malaysia anjurkan promosi 11.11, tawarkan diskaun sehingga 32%

POCO Malaysia bakal menganjurkan promosi khas POCO 11.11 Mega Sale sempena tarikh kempen jualan 11.11 yang bakal menjadi Mega Sale terbesar oleh jenama itu pada tahun ini. Pelbagai kategori telefon akan dijual pada harga diskaun, termasuklah telefon bajet serta telefon flagship.

Antara peranti menarik yang akan dijual pada harga promosi termasuklah POCO F7, POCO X7 Pro, POCO M7 Pro 5G dan POCO C85. Promosi ini akan bermula pada 10 November jam 8:00 malam sehingga 18 November.

Berikut adalah maklumat penuh mengenai promosi POCO ini:

PerantiHarga asalHarga promosi
POCO F7 (12GB+256GB)RM 1,799RM 1,559
POCO F7 (12GB+512GB)RM 1,999RM 1,659 (Shopee sahaja)
POCO X7 Pro (8+256GB)RM 1,499RM 1,099
POCO X7 Pro(12+256GB)RM 1,599RM 1,199
POCO X7 Pro (12+512GB)RM 1,699RM 1,459
POCO X7 (8+256GB)RM 1,199RM 879
POCO X7 (12+512GB)RM 1,399RM 959
POCO M7 Pro 5G (8GB+256GB)RM 999RM 729
POCO M7 Pro 5G (12GB+256GB)RM 1,099RM 749
POCO M7 Pro 5G (12GB+512GB)RM 1,199RM 849
POCO M7 (6GB+128GB)RM 499RM 469 (Shopee sahaja)
POCO M7(8GB+256GB)RM 599RM 559
POCO C71 (3GB+64GB)RM 299RM 269
POCO C71 (4GB+128GB)RM 399RM 319
POCO C85 (6+128GB)RM 439RM 399
POCO C85 (8+256GB)RM 499RM 459

Telefon-telefon POCO di atas boleh dibeli sewaktu promosi ini di laman web Xiaomi, Shopee dan Lazada, serta kedai-kedai fizikal Xiaomi Stores dan POCO Stores. Selain harga promosi, anda juga akan menikmati penghantaran percuma untuk telefon-telefon di atas.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version