Site icon TechNave BM

POCO mungkin akan lancarkan telefon baru yang dilengkapi cipset MediaTek Helio G99

Pada hari ini, POCO India telah memuat naik sebuah poster yang mengacah sebuah pelancaran untuk telefon baru. Gambar tersebut menunjukkan logo “G99” yang mungkin menandakan bahawa telefon itu bakal menjadi telefon pintar kelas pertengahan yang dilengkapi cipset MediaTek Helio G99.

Selain itu, kapsyennya juga seolah-olah memberitahu bahawa telefon ini bakal dijual sebagai siri POCO M.

Telefon yang dimaksudkan ini mungkin adalah POCO M5 5G, kerana telefon terakhir dalam siri POCO M ialah POCO M4 5G yang dilancar di Malaysia pada bulan Ogos lalu.

Antara spesifikasi yang dikhabarkan untuk telefon ini termasuklah skrin IPS LCD berukuran 6.58 inci dengan resolusi FullHD+ dan kadar segar semula 90Hz. Spesifikasi dalamannya terdiri daripada RAM 4GB atau 6GB, sistem operasi Android 12 dengan perisian MIUI 13, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version