Site icon TechNave BM

POCO umum ia kini bergerak solo, bukan lagi subjenama Xiaomi

Rasanya kita sudah pernah mendengar berita seperti ini pada awal tahun yang lalu. Terdahulu, CEO Xiaomi India pernah memberi kenyataan bahawa POCO akan menjadi jenama yang bergerak sendiri. POCO Global mengumumkan bahawa ia kini adalah sebuah jenama sendiri.

Pernyataan ini dimuat naik oleh POCO Global melalui siaran di laman Twitternya. Melalui siaran tersebut, POCO mengungkapkan penghargaan kepada komuniti global yang sentiasa menyokong jenamanya. POCO kini berada dalam era baru sebagai jenama sendiri.

POCO turut menegaskan bahawa ia akan kekal dengan tiga prinsip atau janji syarikat iaitu mementingkan teknologi, rekaan produk berasaskan maklum balas dan sentiasa berkembang.

Memandangkan POCO kini adalah sebuah jenama sendiri, mungkin kita boleh menjangkakan rekaan peranti yang baharu dan melambangkan identiti POCO sebenar tanpa perlu menjenamakan semua peranti dari Xiaomi.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semalam, POCO telah melancarkan sebuah peranti mesra poket baharu POCO M3 yang bermula dengan harga RM599 di pasaran Malaysia.

Sumber: POCO

Exit mobile version