Site icon TechNave BM

POCO umumkan ‘Season 2’

Syarikat telefon pintar POCO semalam memberi petunjuk yang menarik buat para peminatnya. Dalam akaun Twitter POCO India, syarikat itu menyiarkan sepucuk surat penghargaan buat pelanggannya sebelum mengakhiri surat tersebut dengan pengenalan “Season 2.”

Prepare yourself for POCO: Season 2 (Bersedia untuk POCO: Musim 2),” dicoretkan pada penutup surat tersebut, sambil mengatakan mereka akan memberi butiran lanjut pada hari esok.

Ini tentunya satu berita gembira buat peminat POCO dan POCOPHONE F1 kerana ini mungkin satu petanda kepada pelancaran POCOPHONE F2 pada tahun ini. Berita ini juga hadir tidak lama selepas POCO berpisah daripada bekas syarikat induknya Xiaomi pada minggu lepas.

Apakah pendapat anda tentang Musim 2 POCO ini? Berikan tekaan anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter POCO India

Exit mobile version