Site icon TechNave BM

POCO X2 pengganti Redmi K30 akan dilancarkan pada 2 Februari

Hampir setahun menunggu, syarikat telefon pintar POCO telah mengumumkan tarikh pelancaran untuk telefon POCO yang kedua. Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah POCO F2 tetapi siri POCO X2 walaupun syarikat itu tidak mengeluarkan POCO X1 sebelum ini.

Pengumuman itu dibuat menerusi akaun rasmi Twitter POCO India, dimana POCO X2 akan dilancarkan pada Selasa, 4 Februari, 2020.

Dipetik dari laman Twitter POCO India

POCO telah mencipta hashtag #SmoothAF dan #POCOX2 selain menunjukkan salah satu ciri telefon yang mempunyai kadar penyegaran yang tinggi. Bersama-sama dengan ciapan ini juga disertakan URL ke halaman di mana anda boleh menyemak jika peranti anda mempunyai “Smooth AF”.

Ini memberi petunjuk jika telefon pintar POCO X2 akan memiliki sokongn skrin dengan kadar penyegaran tinggi untuk menawarkan pengalaman bermain game yang lancar.

Jika klik pada pautan, ia membawa anda ke halaman dan mengesan kadar penyegaran peranti secara automatik. Anda akan mendapat gambar seperti di atas jika membuka pautan tersebut di PC. Walau bagaimanapun, jika anda membuka pautan pada peranti mudah alih, gambar yang akan tertera adalah seperti imej di bawah.

Telefon pintar ini mempunyai paparan dengan kadar penyegaran tinggi 120Hz seperti Redmi K30, mengingat kembali dimana sebelum ini dilaporkan jika POCO X2 adalah telefon pintar Redmi K30 yang berganti nama.

POCO juga turut memberitahu telefon itu akan dilengkapi dengan kamera utama Sony IMX686 (64MP) dan mempunyai 6 kamera secara keseluruhan (empat kamera quad dan dua kamera hadapan). Ia juga mendedahkan POCO X2 mempunyai pemproses Snapdragon (Snapdragon 730G) di dalam, penyejukan cecair, dan pengecasan pantas.

Pelancaran dijadualkan pada jam 12 tengah hari tetapi tiada info mengenai tempat berlangsungnya acara tersebut. Walau bagaimanapun, kami menjangkakan ianya turut disiarkan menerusi livestream.

Adakah anda teruja dengan POCO X2 atau anda tidak berminat kerana ia adalah penjenamaan semula kepada telefon pintar Redmi K30? Beritahu kami di laman Facebook dan nantikan berita terkini di TechNaveBM.com.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version