Site icon TechNave BM

POCO X3 GT dilancar di Malaysia: Dimensity 1100 5G, skrin 120Hz, cas pantas 67W bermula RM1,199

POCO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu POCO X3 GT yang dilengkapi pelbagai spesifikasi menarik seperti cipset MediaTek Dimensity 1100, skrin 120Hz, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 67W. Dalam masa terhad, ia akan dijual pada harga bermula RM1,199 sahaja.

Dengan cipset Dimensity 1100, ini adalah telefon 5G pertama dalam siri POCO X dan ia menawarkan prestasi yang sangat hampir dengan telefon andalan. Selain itu, telefon ini juga mempunyai pengecasan terpantas dalam peranti POCO setakat ini iaitu kadar 67W yang boleh mengecas penuh bateri 5,000mAh dalam telefon ini sepantas 42 minit.

Skrin POCO X3 GT menawarkan kadar segar semula sehingga 120Hz dengan teknologi DynamicSwitch, di mana ia akan melaraskan kadar skrin secara automatik di antara 30Hz hingga 120Hz mengikut kandungan yang dipapar, agar hayat bateri boleh dipanjangkan. Ini juga adalah peranti POCO pertama yang dilengkapi kaca Gorilla Glass Victus untuk mengukuhkan skrinnya.

Untuk penggemar fotografi, POCO X3 GT dilengkapi pelbagai fungsi menarik seperti Pro Time-lapse, AI Skyscaping 3.0, AI Shutters, Vlog Mode dan banyak lagi.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO X3 GT:

POCO X3 GT akan mula dijual dalam pasaran Malaysia bermula 3 Ogos di Lazada, di mana ia akan dijual pada harga istimewa RM1,199 untuk 8GB+128GB dan RM1,399 untuk 8GB+256GB. Promosi harga awal ini akan berlangsung sehingga 4 Ogos sahaja.

Pembelian awal untuk varian 8GB+256GB pada 3 Ogos akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM169, sementara stok masih ada.

Selepas 4 Ogos, POCO X3 GT akan dijual pada harga biasa iaitu RM1,299 untuk 8GB+128GB dan RM1,599 untuk 8GB+256GB. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version