Site icon TechNave BM

POCO X3 NFC dilancar: Skrin 120Hz, bateri 5,160mAh, cas pantas 33W, 4 kamera 64MP bermula RM799

POCO hari ini telah melancarkan telefon kelas pertengahan terbaru iaitu POCO X3 NFC yang dijual pada harga bermula RM799. Antara spesifikasi yang menarik tentang telefon ini adalah skrinnya yang mempunyai kadar segar semula 120Hz, bateri yang agak besar pada kapasiti 5,160mAh, pengecasan pantas 33W, dwi-pembesar suara stereo dan sistem penyejukan cecair LiquidCool Technology 1.0 Plus.

POCO X3 NFC dilengkapi empat kamera utama, terdiri daripada kamera utama 64MP dengan sensor Sony IMX682, kamera ultra-lebar 13MP, sensor kedalaman 2MP dan kamera makro 2MP. Untuk kamera swafoto pula, ia mempunyai kamera 20MP yang berada dalam lubang punch hole di bahagian atas tengah skrin. Ia boleh merakam video sehingga resolusi 4K pada kadar 30 bingkai sesaat (fps).

Bagi memanjangkan hayat bateri, skrinnya mempunyai teknologi DynamicSwitch yang membolehkan kadar segar semula untuk dilaras mengikut aplikasi yang sedang digunakan. Ia akan dilaraskan secara automatik kepada 60Hz, 90Hz atau 120Hz.

Berikut adalah spesifikasi penuh POCO X3 NFC:

Ia akan dijual di Malaysia bermula Rabu, 9 September pada harga bermula RM799. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon pintar ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version