Site icon TechNave BM

POCO X3 Pro diacah dalam surat, mungkin dilancar pada 30 Mac

Selepas memperkenalkan logo baharu pada bulan Februari, kini POCO mengacah pelancaran telefon pertamanya untuk tahun 2021. Dalam akaun Twitter rasmi, syarikat itu berkongsi sekeping surat kepada para peminatnya, di mana POCO mungkin mengacah pelancaran untuk POCO X3 Pro tidak lama lagi.

Dalam tulisan tersebut, POCO menghuraikan cabaran dan kejayaan yang berlaku pada 2020 seperti pelancaran Poco F1, dan turut memberi sedikit petunjuk kepada telefon yang seterusnya untuk 2021. Beberapa huruf dan nombor dalam surat itu telah ditebalkan dan mungkin menunjukkan POCO X3 Pro.

Sebelum ini, POCO X3 Pro telah pun mendapat perhatian media dengan pelancaran yang mungkin berlaku pada bulan Mac ini. Spesifikasi yang dijangkakan untuk telefon itu adalah cipset Snapdragon 855, skrin 120Hz, bateri 5,200mAh, RAM 6GB atau 8GB dan storan 128GB serta 256GB.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version