Site icon TechNave BM

POCO X4 GT bakal dilancar 23 Jun ini, tampilkan LCD 6.6″ 120Hz, bateri 5,080mAh dan kamera 64MP

Nampaknya, POCO X4 GT akan dilancarkan secara global pada 23 Jun 2022 dan di strim pada 8 malam (GMT+8) di halaman Facebook dan YouTube POCO. Selain itu, ia mungkin akan dilancarkan sekali bersama POCO F4 5G dalam acara yang sama.

Sumber mengatakan bahawa telefon ini adalah penjenamaan semula Xiaomi Redmi Note 11T Pro Plus. Spesifikasi yang di bawa termasuk LCD 6.6 inci dengan Corning Gorilla Glass 5 yang menyokong kadar penyegaran semula 120Hz. Selain itu, ia menggunakan cipset MediaTek Dimensity 8100 bersama RAM 8GB dan storan 256GB.

Di bahagian belakang, ia menampilkan tri-kamera belakang iaitu kamera utama 64MP + ultralebar 8MP + makro 2MP dan kamera hadapan 20MP. Ia dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5,080mAh yang menyokong pengecasan pantas 67W. Ciri-ciri lain termasuk sambungan NFC, port bicu audio dan perisian Android 12.

Jenama POCO semakin popular dalam pasaran Malaysia. Berkemungkinan juga POCO F4 5G ini akan tiba di negara ini tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version