Site icon TechNave BM

POCO X4 GT dilancar di Malaysia: Dimensity 8100, skrin 144Hz, cas pantas 67W bermula RM1,399

Selain melancarkan POCO F4, POCO Malaysia melancarkan sebuah lagi telefon pintar pada hari ini iaitu POCO X4 GT. Telefon ini dilengkapi pelbagai spesifikasi canggih namun dijual pada harga yang sangat berpatutan.

POCO X4 GT dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8100 dengan nod proses 5nm yang boleh menjana prestasi yang setaraf dengan cipset telefon andalan lain. Ia turut dilengkapi RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1 untuk kelajuan memori tertinggi.

Ini adalah telefon POCO pertama yang dilengkapi skrin dengan nisbah aspek 20.5:9, membuatkannya lebih mudah dipegang secara lanskap. Panelnya pula adalah LCD True Display yang menyokong gamut warna DCI-P3 dan mengurangkan pancaran cahaya biru sebanyak 30 peratus berbanding telefon sebelum ini.

Ia mempunyai bateri berkapasiti 5,080mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W yang boleh mengecas penuh sepantas 46 minit sahaja. Untuk fotografi, ia mempunyai kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP, kamera makro 2MP dan kamera swafoto 16MP.

Para pelanggan akan menerima perkhidmatan penggantian skrin untuk satu kali secara percuma pada enam bulan pertama selepas pembelian POCO X4 GT.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO X4 GT:

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli POCO X4 GT dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version