Site icon TechNave BM

POCO X5 5G dalam data SIRIM, bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi

Sebelum ini, kami melaporkan bahawa POCO X5 5G telah menerima pensijilan FCC  (Federal Communications Commission) di Amerika Syarikat menandakan peranti itu akan dilancarkan di negara itu. Kini, telefon pintar yang sama juga telah dikesan dalam pangkalan data SIRIM (Standard and Industrial Research Institute of Malaysia) yang mungkin bermakna ia akan dikeluarkan di Malaysia tidak lama lagi.

Telefon pintar akan datang mempunyai nombor model 22111317PG dalam pangkalan data SIRIM dan didaftarkan oleh syarikat induk POCO, Xiaomi. SIRIM mengesahkan bahawa peranti itu merupakan X5 5G dengan menyenaraikan nama peranti secara dalam kurungan selepas nombor model.

Selain itu, penyenaraian itu juga mendedahkan bahawa Xiaomi Malaysia baru sahaja menerima kelulusan untuk pensijilan pada 1 Disember 2022 yang sah sehingga 30 November 2027. Walau bagaimanapun, sehingga masa penulisan, Xiaomi Malaysia masih belum mendedahkan sebarang butiran mengenai peranti ini di ke Malaysia.

Berdasarkan pensijilan FCC, peranti itu akan menggunakan OS MIUI 14 berdasarkan Android 13. Khabar angin sebelum ini juga mengatakan X5 5G akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 778G+, menampilkan skrin 120Hz, bateri 5000mAh dan kamera utama 108MP.

Adakah ia akan akan dilancarkan pada tahun ini atau awal tahun depan? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version