Jika anda sedang mencari telefon pintar kelas pertengahan yang bagus dan mampu milik, POCO ialah salah satu jenama terbaik untuk digunakan. Tetapi anda mungkin perlu menangguhkan niat tersebut buat masa ini kerana POCO akan melancarkan model terbarunya tidak lama lagi iaitu POCO X5 5G.
Menurut MySmartPrice, POCO X5 5G telah diperakui oleh tapak BIS dan FCC. Untuk maklumat anda, ini adalah setara dengan SIRIM di India dan Amerika Syarikat. Dalam erti kata lain, peranti itu sedia untuk dilancarkan di kedua-dua negara diikuti dengan pelancaran global dan POCO agak popular di Malaysia kerana harganya berpatutan.
Mungkin ia akan dibawa ke sini untuk dipasarkan. Daripada segi spesifikasi, POCO X5 5G dijangka menampilkan cipset Snapdragon 778G+, menjadikannya peningkatan ketara berbanding model tahun lepas. Ia juga mempunyai skrin IPS dengan kadar penyegaran 120Hz dan bateri 5,000mAh.
Tidak banyak yang didedahkan, tetapi kami menjangkakan ia mempunyai sekurang-kurangnya RAM 6GB dan silengkapi kamera utama 108MP serta kamera swafoto 16MP. POCO X4 5G standard tidak pernah sampai ke sini. Sebaliknya, kami mendapat POCO X4 Pro 5G pada bulan Februari.
Walaupun ia mempunyai cipset yang sama, model ini menampilkan paparan AMOLED yang lebih baik. Kami tidak pasti model mana yang akan kami terima kali ini, tetapi kami akan memberitahu anda tentang ketersediannya.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MySmartPrice

