Site icon TechNave BM

POCO X6 dan X6 Pro dilancar di Malaysia: Dimensity 8300-Ultra, AMOLED 120Hz, cas pantas 67W bermula RM1,199

Pada hari ini, POCO telah melancarkan siri telefon pintarnya yang pertama pada 2024 untuk pasaran Malaysia iaitu POCO X6 5G dan POCO X6 Pro 5G. Siri telefon ini dilengkapi spesifikasi yang amat canggih untuk sebuah telefon kelas pertengahan namun masih dijual pada harga yang sangat mampu milik.

POCO X6 Pro dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 8300-Ultra iaitu cipset kelas pertengahan oleh MediaTek yang terpantas pada waktu ini. Ia boleh menjana prestasi yang sangat pantas dan memberikan markah AnTuTu yang sangat tinggi untuk sebuah peranti POCO pada waktu ini iaitu 1,464,228.

POCO X6 Pro 5G

Ia turut mempunyai RAM 12GB dan storan dalaman 512GB. Skrinnya pula berukuran 6.67 inci dengan panel AMOLED untuk kualiti imej yang cantik, manakala kameranya pula terdiri daripada tiga lensa termasuklah kamera utama 64MP dengan penstabilan OIS.

Sementara itu, POCO X6 pula dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 7s Gen 2 yang dibuat dengan nod proses 4nm dan boleh hasilkan prestasi yang hampir setaraf dengan cipset flagship.

POCO X6 5G

Satu lagi ciri menarik pada POCO X6 adalah tiga kamera di belakang yang terdiri daripada kamera utama 64MP, kamera ultra-lebar 8MP dan kamera makro 2MP. Baterinya yang berkapasiti 5,100mAh menyokong kadar pengecasan pantas 67W yang boleh mengecas penuh dalam masa 44 minit sahaja.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk kedua-dua telefon:

POCO X6 5G

POCO X6 Pro 5G

Harga untuk promosi awal hanya boleh didapati pada 11 hingga 18 Januari 2024, kemudian ia akan dijual pada harga pasaran. Harga promosi awal untuk POCO X6 Pro 5G boleh dibeli dari Shopee, manakala POCO X6 5G boleh diberi dari Lazada.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana siri telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version