Site icon TechNave BM

POCO X6 Neo akan dilancar pada 13 Mac 2024, bakal dilengkapi kamera 108MP

Selepas melancarkan POCO X6 dan POCO X6 Pro di Malaysia pada awal tahun ini, POCO mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar kelas pertengahan POCO X6 Neo pula pada hari Rabu, 13 Mac 2024 di India.

Pengumuman tersebut dibuat dalam laman Twitter di mana mereka turut menunjukkan rekaannya secara ringkas yang menyerupai Redmi Note 13R Pro. Bonggol kameranya mempunyai dua lensa dan sebaris teks yang menyatakan sensor 108MP.

Spesifikasi lain mengenai POCO X6 Neo masih tidak diketahui setakat ini. Jika ia merupakan Redmi Note 13R Pro yang dijenamakan semula kepada peranti POCO, ia mungkin akan dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 6080, skrin OLED 120Hz 6.67 inci, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 33W. Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 108MP dan sensor kedalaman 2MP.

Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan POCO X6 Neo dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version