Site icon TechNave BM

Poco X6 Pro bakal rasmi dengan HyperOS, dilancar pada 11 Januari ini

Selepas megacah barisan Poco X6 selama beberapa hari, Xiaomi secara rasmi mengesahkan bahawa siri telefon pintar itu akan dilancarkan secara global pada 11 Januari 2024. Xiaomi mengesahkan bahawa Poco X6 Pro akan menggunakan sistem operasi HyperOS. Ia adalah OS Android terkini daripada syarikat itu.

Untuk pengetahuan, Xiaomi memperkenalkan HyperOS di China dengan pelancaran siri Xiaomi 14. Siri Poco X6 akan mempunyai dua varian yang mana X6 Pro akan menampilkan cipset Dimensity 8300 Ultra. Cipset ini mencapai 1,464,228 mata pada ujian penanda aras AnTuTu.

Dengan pengesahan ini, agak jelas bahawa Poco X6 Pro akan menjadi Redmi K70E yang dijenamakan semula. Poco X6 standard pula akan menampilkan cipset Snapdragon 7s Gen 2 yang mengesahkan bahawa ia akan menjadi Redmi Note 13 Pro yang dijenamakan semula. Walau bagaimanapun, X6 standard akan mempunyai MIUI 14 dan bukannya HyperOS.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan peranti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version