Site icon TechNave BM

Pokémon Go catat keuntungan tertinggi pada 2019

Siapa masih ingat sensasi digital terhangat pada 2016, Pokémon Go? Jutaan pemain lari berkeliaran di bandar-bandar seluruh dunia untuk ‘menangkap’ Pokémon menggunakan telefon pintar mereka. Akan tetapi, populariti permainan maya itu jatuh mendadak pada tahun seterusnya dan ia nampak seperti tiada lagi orang yang berminat pada game tersebut.

Tetapi menurut rekod keuntungan daripada firma penganalisa mudah alih Sensor Tower, permainan itu masih mendapat tempat di dalam ramai hati peminat. Malah, 2019 adalah tahun yang paling menguntungkan buat permainan itu apabila para pemain membelanjakan hampir US$900 juta untuk pembelian dalam game tersebut.

Angka ini adalah lebih tinggi daripada 2016 di mana populariti permainan itu berada di puncaknya dan pemain membelanjakan sebanyak US$832 juta. Fenomena ini jarang sekali berlaku untuk permainan yang boleh dimainkan secara percuma, kerana selalunya jumlah wang yang dibelanjakan oleh pemain akan berkurangan tahun demi tahun.

Berlainan pula dengan Pokémon Go yang mencatatkan perbelanjaan oleh pemain yang semakin meningkat. Peningkatan perbelanjaan ini boleh dikaitkan dengan kemas kini (updates) yang sering ditawarkan oleh Niantic Labs untuk permainan tersebut.

Adakah anda masih bermain Pokemon Go? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini!

Sumber: The Verge

Exit mobile version