Site icon TechNave BM

Pokemon kini boleh dimainkan melalui Facebook Gaming

Konsol gaming anda rosak? Peranti pintar anda tidak mampu menampung storan untuk memuat turun aplikasi Pokemon Go? Semestinya anda perlu risau tentang teman Pokemon anda. Kini, anda boleh menemui teman Pokemon anda melalui Facebook!

Memetik daripada engadget, syarikat The Pokemon Company telah melancarkan dua game melalui Facebook Gaming iaitu Pokemon Medallion Battle dan Pokemon Tower Battle. Anda kini boleh mengakses game tersebut dengan hanya memilih butang Permainan atau Gaming pada aplikasi Facebook anda. Mudah bukan?

Pokemon Go melalui Facebook Gaming ini memuaskan matlamat kedua-dua pihak yang ingin menyediakan platform untuk mengakses game tanpa memerlukan konsol gaming mahupun memuat turun aplikasi.

Sudahkah anda mencuba game ini melalui Facebook anda? Log masuk ke Facebook anda dan beritahu di laman Facebook kami sekarang. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama untuk berita teknologi terkini.

Sumber: engadget

Exit mobile version