Site icon TechNave BM

Pokemon Unite akan tiba di Nintendo Switch Julai ini, telefon pintar pada bulan September

Beberapa jam yang lalu, The Pokemon Company akhirnya membuat pengumuman terbaru mengenai Pokemon Unite. Untuk menyegarkan ingatan anda, Pokemon Unite adalah sebuah game MOBA untuk konsol Nintendo Switch, telefon pintar iOS dan Android.

Berdasarkan pengumuman tersebut, Pokemon Unite sah akan dilancarkan di konsol Nintendo Switch pada bulan Julai ini. Manakala untuk telefon pintar, ia akan sedia ada untuk dimuat turun bermula bulan September.

The Pokemon Company juga memberikan butiran lanjut mengenai game ini dengan kenyataan di bawah.

Pokemon Unite adalah sebuah game percuma (free-to-play) yang dihasilkan dengan kerjasama TiMi Studios, syarikat yang terlibat dalam pembikinan Call of Duty: Mobile, Arena of Valor dan lebih lagi. Jadi, kami menjangkakan akan terdapat pembelian seperti skins di dalam game Pokemon Unite.

Adakah anda berminat untuk bermain Pokemon Unite? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version