Site icon TechNave BM

Polestar 4 merupakan EV terpantas syarikat, bakal dilancar 18 April ini

Polestar iaitu sebuah syarikat automotif Sweden telah mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan kereta elektrik (EV) Polestar 4 di Pameran Auto Shanghai minggu hadapan pada 18 April ini. Walaupun tidak banyak butiran yang diketahui mengenai kereta elektrik tersebut tetapi ia telah disahkan bahawa kereta itu adalah yang terpantas daripada Polestar.

Polestar 4 yang akan menjadi SUV coupe dijangka mempunyai reka bentuk diambil daripada Polestar 3 dan Polestar 2 yang dikemas kini. Polestar 4 akan menjadi EV yang terpantas daripada syarikat itu yang bermakna ia akan mengatasi Polestar 1 dengan kemampuan mencapai 0-62 mph dalam 4.2 saat.

Kereta itu akan menjadi EV pengeluaran pertama yang hadir dengan reka bentuk dan peningkatan kemampanan yang sebelum ini dipaparkan pada konsep Polestar. Dalam kenyataan akhbar, syarikat itu berkata bahawa Polestar telah memilih SUV coupé dan mengubahnya untuk ekosistem elektrik.

Polestar 4 menggabungkan aerodinamik sebuah coupé dengan ruang SUV dalam pakej yang dipertingkatkan oleh teknologi moden. Sehingga kini, tiada maklumat tentang harga atau ketersediaan Polestar 4. Menariknya, syarikat itu telah pun mendedahkan Polestar 5 yang dijangka tiba pada tahun 2024.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version