Site icon TechNave BM

Polis Bantuan KTM guna helmet dengan pengimbas suhu mirip Robocop untuk cegah COVID-19

Dalam usaha terbaru daripada Keretapi Tanah Melayu (KTM) untuk mengurangkan penyebaran wabak COVID-19 terhadap para penunggang kereta api, syarikat itu akan memperkenalkan helmet khas kepada anggota Polis Bantuan di mana helmet tersebut dilengkapi kaca mata besar dan pengimbas suhu.

Anggota polis bantuan ini akan menjalankan rondaan awam di dalam stesen dan gerabak kereta api bagi mengenal pasti para pengguna yang mungkin mempunyai gejala COVID-19 seperti suhu badan tinggi. Helmet ini masih dalam peringkat ujian dan KTM mengharapkan ini boleh meningkatkan keyakinan para pengguna sewaktu menaiki kereta api.

Inisiatif ini adalah tambahan kepada pelbagai langkah pencegahan COVID-19 oleh KTM seperti pengawasan suhu badan di stesen, menyediakan cecair pembasmi kuman serta pencucian kereta api yang lebih kerap.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: PaulTan.org

Exit mobile version