Site icon TechNave BM

Polis berkas sindiket lombong “bitcoin” guna elektrik haram di Negeri Sembilan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket perlombongan kewangan bitcoin yang telah mencuri bekalan elektrik dalam lima premis rumah kedai di Bahau, Negeri Sembilan. PDRM berjaya merampas kelengkapan sebanyak RM380,000 dalam kes tersebut, menjadikan sindiket bitcoin ini antara yang terbesar di Malaysia.

Menurut Ketua Polis Jempol, Supt Hoo Chang Hook, 190 mesin perlombongan bitcoin telah disita di mana ia dipercayai telah beroperasi sehingga empat bulan dan menyebabkan kerugian kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM216,487.

Walau bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat setakat ini. Pemilik premis akan diburu oleh pihak polis di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Akta Bekalan Elektrik 1990.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version