Site icon TechNave BM

Polis minta rakyat jangan sebar maklumat sekatan jalan raya dalam Waze

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, memohon orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat mengenai operasi sekatan jalan raya (SJR) yang dikendalikan oleh pihak polis menerusi aplikasi pemanduan Waze.

Ini adalah kerana penyebaran maklumat ini akan menyukarkan pihak polis untuk mengesan para pemandu yang menyalahi undang-undang jalan raya seperti memandu di bawah pengaruh alkohol, melanggar lampu isyarat, memandu lawan arus dan kesalahan trafik lain.

Apabila para pengguna Waze mengetahui tentang keberadaan SJR di hadapan, mereka akan lebih cenderung untuk memandu dalam keadaan berhati-hati dan mematuhi peraturan. Ini menyukarkan pihak polis untuk mencari pemandu yang sebenarnya tidak mematuhi peraturan.

Beliau berharap orang ramai tidak membantu para pemandu yang melakukan kesalahan jalan raya ini dengan berkongsi maklumat SJR dalam aplikasi Waze. Ini adalah bagi mengelakkan lebih banyak musibah yang boleh melanda akibat daripada kecuaian pesalah trafik.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version