Site icon TechNave BM

Pornhub sekat muat turun kandungan setelah dituduh terlibat dalam pornografi bawah umur

Baru-baru ini, sebuah laporan dari New York Times telah membongkar mengenai penyebaran video remaja perempuan di bawah umur tanpa keizinan yang bermula dari Pornhub. Platform tersebut kini telah mengambil tindakan dengan menyekat muat turun kandungan dan menyekat muat naik dari pengguna yang tidak perakui.

Platform kandungan video dewasa ini mengumumkan polisi baharu setelah laporan mengenainya tular. Antaranya adalah dengan menyekat muat turun kandungan dari lamannya. Platform juga menyekat muat naik dari pengguna yang tidak diperakui.

Tindakan ini adalah usaha dari Pornhub setelah terdapat laporan mengenai kandungan yang melibatkan remaja perempuan bawah umur tanpa keizinan mereka. Kandungan ini telah dipadam, tetapi masih disebarkan di luar platform.

Menurut sumber, Naib Presiden National Center on Sexual Exploitation di AS Dawn Hawkins memberi maklum balas tentang perkara ini dengan menyatakan laman sebegini perlu ditutup.

Kami juga percaya bahawa laman sebegini banyak mendatangkan kesan buruk berbanding kesan baik. Apa pula pendapat anda mengenainya? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version