Site icon TechNave BM

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR & Magic6 RSR rasmi di Malaysia bermula RM7,499

HONOR telah melancarkan dua produk terbaru mereka iaitu PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR, sebagai sebahagian daripada siri Magic6 syarikat itu.

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR merupakan telefon boleh lipat edisi khas yang mengambil inspirasi dari sukan permotoran yang menampilkan reka bentuk Porsche 911 yang menarik. Dengan berat hanya 234g dan ketebalan 9.9mm, ia merupakan salah satu telefon boleh lipat yang paling nipis dan ringan di pasaran.

Pada bahagian inovatif, PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dilengkapi dengan pelindung NanoCrystal anti-calar pertama dalam industri, memberikan perlindungan terhadap calar sepuluh kali ganda. Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 dengan tri-kamera belakang yang terdiri daripada kamera utama 50MP, telefoto 20MP dan ultra lebar 50MP. Dikuasakan oleh Bateri Karbon Silikon 5,000mAh, telefon ini menyokong pengecasan pantar berwayar SuperCharge 66W dan disertakan dengan stilus.

Sementara itu, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR adalah peranti yang terinspirasi dari reka bentuk kereta mewah Porsche Taycan. Dengan julat dinamik 15EV yang ditingkatkan enam kali ganda dari generasi sebelumnya, peranti ini memberikan pengguna untuk menangkap video dan foto dengan jelas dalam pelbagai keadaan pencahayaan. Bahagian hadapan dan belakangnya dilengkapi dengan HONOR NanoCrystal Shield untuk perlindungan daripada calar dan hentakan.

Dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3, PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR beroperasi pada MagicOS 8.0 berdasarkan Android 14. Peranti ini dilengkapi dengan bateri karbon silikon generasi kedua HONOR pada 5,600mAh dan Power Enhanced Chip HONOR E1 untuk prestasi yang optimum walaupun dalam suhu rendah.

Berikut adalah spesifikasi ringkas PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dan PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR:

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR
PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR

PORSCHE DESIGN HONOR Magic V2 RSR dijual pada harga RM10,999 manakala PORSCHE DESIGN HONOR Magic6 RSR ditawarkan pada harga RM7,499. Kedua-duanya boleh didapati dengan mendaftar melalui laman web rasmi HONOR.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version