Site icon TechNave BM

Pos Malaysia akan ditutup selama sehari (28 Mac 2020) berikutan Perintah Kawalan Pergerakan

Terkini, Pos Malaysia Berhad telah memuat naik sebuah siaran pengumuman tentang penutupan perniagaan dan perkhidmatannya selama satu hari sahaja pada Sabtu ini, 28 Mac 2020. Langkah ini adalah berikutan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan.

Jelas mereka, operasi akan disambung semula pada 29 Mac 2020 (Kelantan, Kedah, Terengganu dan Johor), manakala pada 30 Mac 2020 (negeri-negeri lain). Sehubungan dengan itu, Pos Malaysia Berhad menyarankan pelanggan yang ingin membayar insurans kenderaan, bil utiliti, telekomunikasi dan lain-lain boleh membayarnya secara dalam talian di www.posonline.com.my.

Kami juga menyarankan anda untuk menyelesaikan pembayaran secara dalam talian bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook Pos Malaysia Berhad

Exit mobile version