Site icon TechNave BM

Poster dan spesifikasi Huawei Nova 7 SE 5G dibocorkan

Huawei akan melancarkan siri Nova 7 pada 23 April ini yang terdiri daripada Nova 7 Pro, Nova 7 dan Nova 7 SE, di mana varian SE adalah yang paling rendah dalam siri tersebut. Kini maklumat tentang varian SE sudah pun dibocorkan, termasuk rupa bentuknya serta spesifikasinya.

Poster peranti tersebut menunjukkan empat kamera di belakangnya dan kamera hadapan di dalam punch-hole di bahagian atas kiri skrin. Selain itu, warnanya juga terdapat warna hijau dan putih. Secara keseluruhannya, ia mirip dengan varian Nova 7 yang lain kecuali pada kamera hadapannya yang mempunyai satu kamera sahaja.

Spesifikasinya pula dikhabarkan terdiri daripada skrin LCD FHD+ (2340 x 1080) berukuran 6.5 inci, empat kamera yang terdiri daripada sensor utama 64MP, kamera hadapan 16MP, cipset Kirin 820, bateri 4,000mAh dengan pengecasan pantas 40W, EMUI 10.1 berdasarkan Android 10 dan storan 128GB atau 256GB.

Siri Nova 7 akan dilancarkan di China pada Khamis ini, jadi jom tengok jika informasi ini sahih atau tidak. Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version