Site icon TechNave BM

Poster dedahkan Black Shark 3S bakal dilancarkan 31 Julai ini

Terdahulu, industri gaming telah menerima kehadiran ASUS ROG Phone 3 dan Lenovo Legion Phone Duel. Terkini, pendedahan poster Black Shark 3S memperlihatkan maklumat pelancarannya di pasaran China pada 31 Julai ini.

Poster pelancaran ini dimuat naik melalui siaran oleh pengerusi Black Shark di laman Weibo, laman popular di China. Black Sharks 3S dilaporkan bakal dihuni cipset Snapdragon 865+ seperti pesaing-pesaingnya yang lain.

Terdahulu, Black Shark 3S telah diacah oleh CEO dan pengerusinya sendiri. Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat mengenai spesifikasi Black Shark 3S. Namun, anda mungkin boleh menjangkakan spesifikasi sama atau lebih baik dari siri Black Shark 3 terdahulu.

Adakah anda teruja dengan kemunculan peranti gaming ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version