Site icon TechNave BM

Poster Nokia 8000 4G terdedah: Snapdragon 210, skrin LCD 2.8 inci, bateri 1500mAh

Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan poster Nokia 8000 4G. Peranti ini dilapor bakal hadir di pasaran telefon pintar dalam waktu terdekat. Lebih menarik, sepertinya ia bukan sebuah peranti dengan konsep gelongsoran, tetapi peranti klasik bersama papan kekunci yang diberi nafas baru.

Menurut sumber, ia bakal dijana cipset Qualcomm Snapdragon 210, RAM 512MB, storan yang boleh ditambah sehingga 128GB melalui microSD, sistem operasi KaiOS, kamera utama 2MP, bateri 1500mAh dan sokongan microUSB.

Melalui poster, Nokia 8000 4G dilihat mempunyai rekaan melengkung dengan skrin LCD 2.8 inci beresolusi 320 x 240 piksel. Peranti ini dilapor hadir dengan rekaan litupan premium yang dikatakan seperti kaca.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat mengenai tarikh pelancaran Nokia 8000 4G. Terdahulu, kami turut melaporkan Nokia 6300 4G sebagai salah satu peranti klasik yang bakal diberi nafas baru.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Winfuture

Exit mobile version