Site icon TechNave BM

Poster rasmi iQOO X BMW M Motorsport didedah, bakal tiba di Malaysia

Baru-baru ini poster rasmi iQOO X BMW M Motorsports telah dikeluarkan. Ia menggembirakan peminat iQOO di Malaysia kerana nampaknya berita tentang iQOO datang ke Malaysia adalah benar.

Pada Ogos 2020, iQOO menjadi rakan kongsi global BMW M Motorsport. Daripada tajaan perlumbaan kepada inspirasi reka bentuk, mereka bersama-sama berusaha untuk mengembangkan syarikat. Selain itu, siri iQOO 9 merupakan produk pertama hadir dengan platform Snapdragon 8 yang dikeluarkan pada Januari 2022.

Manakala pada Julai 2022, teknologi FlashCharge 200W pertama yang membuka era pengecasan pantas 10 minit telah dilancarkan. Sepanjang tiga tahun lalu, iQOO telah mengalami pertumbuhan pesat dan ia telah memasuki beberapa pasaran luar negara seperti India, Thailand dan Indonesia.

Justeru, hari untuk iQOO memasuki Malaysia sememangnya dinanti-nantikan kerana orang ramai sedang meneka model apa yang akan masuk ke Malaysia. Selain itu, jangan lepaskan peluang meneka peraduan slogan yang diadakan dari 4 November hingga 10 November.

Untuk maklumat lanjut tentang iQOO, ikuti halaman Facebook iQOO Malaysia. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version