Site icon TechNave BM

Poster rasmi Redmi K40 sahkan spesifikasi skrin, bateri dan pembesar suara

Menjelang pelancaran telefon pintar andalan Redmi K40 pada 25 Februari, Redmi sudah menerbitkan beberapa poster pengiklanan yang menunjukkkan spesifikasi asas untuk peranti tersebut. Pengurus Awam Redmi Lu Weibing berkongsi poster tersebut di laman Weibo beliau yang menunjukkan spesifikasi skrin untuk Redmi K40.

Telefon itu akan dilengkapi skrin rata E4 AMOLED yang menjanjikan keterangan maksimum yang lebih tinggi, penggunaan tenaga yang lebih rendah dan kualiti imej yang lebih cantik. Beliau juga menyatakan bahawa semua varian dalam siri Redmi K40 akan dilengkapi skrin dengan kadar segar semula 120Hz.

Satu lagi poster menunjukkan lubang kamera swafoto di bahagian atas tengah skrin, di mana saiznya yang kecil dibandingkan dengan beberapa butir beras dan kacang. Ini adalah untuk mendemonstrasi kenyataan Redmi yang mengatakan K40 bakal dilengkapi lubang punch hole terkecil dalam dunia.

Poster seterusnya menunjukkan pengimbas cap jari yang lebih besar dan pantas. Di samping itu, Redmi K40 juga akan dilengkapi bateri 4,520mAh pembesar suara sterio Dolby Atmos untuk bunyi yang lebih kuat dan jelas.

Redmi K40 dijangka bakal menjadi telefon Snapdragon 888 yang paling mampu milik di pasaran. Anda boleh baca berita selanjutnya tentang Redmi K40 di sini.

Beritahu kami di Facebook jika anda teruja dengan Redmi K40 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version