Site icon TechNave BM

Poster rasmi Redmi Note 11 ditunjukkan, spesifikasi utama didedahkan

Siri Redmi note 11 akan dilancarkan pada 28 Oktober ini. Xiaomi telah mengeluarkan spesifikasi siri baharu yang dipaparkan melalui poster.

Redmi mengeluarkan beberapa poster secara berturut-turut sebagai kiraan hari sehingga ke tarikh pelancarannya. Seperti yang ditunjukkan dalam poster, ia dilengkapi dengan skrin AMOLED, bicu audio 3.5mm dan pengecasan pantas 120W.

Peranti ini juga menyokong NFC untuk pembayaran tanpa sentuh serta sokongan Bluetooth 5.2 dan WiFi 6. Baterinya 4,500mAh dapat menyokong pengecasan pantas 120W yang selamat diperakui oleh TuV Rheinland.

Salah satu poster turut mendedahkan getaran linear paksi-X yang menyampaikan getaran lebih pendek, tajam dan untuk peringatan yang baik. Tiada maklumat mengenai pemproses yang bakal digunakan tetapi kami menjangka akan diberitahu sebelum hari pelancarannya.

Terdapat spekulasi mengatakan Redmi Note 11 menggunakan cipset MediaTek Dimensity 810 manakala model Pro akan menggunakan cipset Dimensity 920. Note 11 Pro Plus dikhabarkan menggunakan cipset Dimensity 1200U.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version