Site icon TechNave BM

Poster spesifikasi realme X50 Pro Player Edition muncul, sahkan ciri ‘gaming’ mantap untuk peranti

Terkini, realme telah mengongsikan beberapa poster acahan realme X50 Pro Player Edition. Sebagai tambahan, peranti ini juga kelihatan muncul dalam pangkalan data GeekBench. Hal ini mengesahkan beberapa spesifikasi yang kita sudah tahu dan melaporkan beberapa ciri teknologi yang kita masih belum ketahui.

Terdahulu, kami telah memaklumkan spesifikasi telefon tersebut yang dipaparkan dalam TENAA (Telecommunications Equipment Network Acceptance Agency) di China. Data realme X50 Pro Player Edition di GeekBench mengesahkan kehadiran cipset Snapdragon 865 dan RAM LPDDR 5 12GB melalui skor satu-teras dan skor multi-teras.

Lebih menarik, poster acahan yang dikongsikan memaparkan beberapa ciri teknologi yang mengesahkan bahawa realme X50 Pro Player Edition adalah sebuah peranti yang berfokuskan gaming. Ciri teknologinya termasuklah teknologi HyperBoost yang mampu menambahkan kelancaran gaming.

Bukan itu sahaja, poster turut memaparkan solusi sistem penyejukan multi-lapisan. Dilaporkan, sistem penyejukan ini mampu menyejukkan peranti 10 Celcius lebih sejuk dengan ruang wap dan lapisan grafit. Poster acahan turut mengesahkan kehadiran sistem bunyi Dolby Atmos dan pengesahan audio beresolusi tinggi Hi-Red. Turut serta adalah penampilan ‘Tactile Engine’ dengan maklum balas haptik 3D.

Setakat ini, kami menjangkakan realme X50 Pro Player Edition mampu memukau peminat teknologi yang berfokuskan gaming. Apa pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version