Site icon TechNave BM

Poster tertiris tunjukkan spesifikasi utama untuk realme Narzo 30 Pro 5G dan Narzo 30A

Seorang pengguna Twitter telah berkongsi gambar poster yang telah tertiris untuk telefon seterusnya dalam siri realme Narzo iaitu realme Narzo 30 Pro 5G dan realme Narzo 30A. Kedua-dua telefon dijangka akan dilancar di India pada 24 Februari.

Poster tersebut menunjukkan spesifikasi utama untuk kedua-dua peranti tersebut, iaitu cipset Dimensity 800U 5G dan skrin dengan kadar segar semula 120Hz. Rekaan belakang dua telefon tersebut juga berbeza, di mana Narzo 30A mempunyai bonggol kamera berbentuk segi empat sama, tekstur warna yang beralun serta pengimbas cap jari.

Sementara itu, Narzo 30 Pro 5G pula mempunyai bonggol kamera berbentuk segi empat tepat dan tiada pengimbas cap jari. Pengimbas cap jari Narzo 30 Pro mungkin akan berada pada skrin atau di bahagian sisi.

Kongsi pendapat anda tentang poster ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version