Site icon TechNave BM

Poster vivo V27e dedahkan reka bentuk peranti mungkin dilancarkan 1 Mac ini

Nampaknya, khabar angin mengenai pelancaran vivo V27e adalah benar kerana ia akan akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Imej promosi telah dikeluarkan di laman Facebook vivo menunjukkan slogan ‘A Step Into A New Light’.

Walaupun tiada tarikh pelancaran rasmi disiarkan di Facebook, laman web rasmi vivo yang dipautkan pada imej tersebut menunjukkan pemasa kira detik yang merujuk kepada peranti diumumkan dalam masa sembilan hari menunjukkan ia akan dilancarkan pada 1 Mac 2023.

Ia turut mendedahkan beberapa spesifikasi peranti termasuk Potret Cahaya Aura, kamera Ultra-Sensing OIS 64MP, bingkai rata nipis, ketebalan 7.8mm dan berat 186g. Ia juga menunjukkan peranti dalam warna ungu muda dengan modul kamera menonjol menempatkan tri-kamera dan Aura Light bulat yang disebutkan di atas.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Facebook vivo

Exit mobile version