Site icon TechNave BM

Poster Xiaomi Mi 11 Pro dedahkan rekaan sebenar, ciri kamera periskop zum 120x!

Pada hujung tahun 2020, Xiaomi telah melancarkan peranti andalannya Xiaomi Mi 11 di pasaran China terlebih dahulu. Sementara pasaran global masih menunggu kehadiran Mi 11, acahan mengenai Xiaomi Mi 11 Pro kini timbul pula.

Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan poster Xiaomi Mi 11 Pro. Poster ini turut mendedahkan rekaan sebenar Mi 11 Pro terutama rekaan pada panel belakangnya yang dilihat memiliki empat lensa besar. Kelihatan juga paparan tulisan 120x yang membuktikan bahawa peranti ini memiliki keupayaan zum sehingga 120x.

Mengikut gambar di poster, Xiaomi Mi 11 Pro memiliki empat pilihan warna biru, emas, hitam dan kelabu. Sumber yang lepas menjangkakan Mi 11 Pro bakal dilengkapi skrin kuad lengkung 2K 6.81 inci, kadar segar semula 120Hz, kadar bacaan sentuhan 480Hz, warna gamut DCI-P3 dan tahap kecerahan sehingga 1500 nit.

Ia juga bakal dilengkapi Snapdragon 888, RAM sehingga 16GB dan teknologi pengecasan pantas 120W. Apa pun, masih tiada tarikh rasmi mengenai pelancarannya, hanya ura-ura menyatakan bahawa ia akan hadir seiring dengan kemunculan Xiaomi Mi 11 di pasaran global.

Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version