Site icon TechNave BM

Potongan harga sehingga RM400 untuk iPhone 12 di Shopee bermula hari ini

Berita baik untuk peminat yang ingin mendapatkan siri iPhone 12, anda mungkin ingin mengetahui tawaran terbaik dari Shopee. Bermula 13 November jam 8 pagi, terdapat diskaun untuk iPhone 12 di Switch, Machines dan senQ di Shopee. Anda boleh mendapatkan diskaun RM400 untuk pembelian iPhone 12 dan tambahan potongan harga RM50 untuk aksesori iPhone (seperti pengecas).

Bermula dari 13 hingga 15 November, anda boleh menuntut baucar diskaun sehingga RM400 dari bank Alliance Bank, Standard Chartered dan UOB. Tambahan pula, pengguna yang ingin mendapatkan pelan ansuran boleh mempertimbangkan pembayaran Flexi dari Shopee yang menawarkan 0% pelan ansuran. Anda boleh kunjungi laman web rasmi ini untuk maklumat lanjut.

Sepintas lalu, anda boleh menyemak spesifikasi siri iPhone 12 disini.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version